SEORANG pengurus Masjid Al-Muslim diancam dengan parang oleh dua orang pemuda dalam satu kejadian di Medan, Sumatera Utara.
Kejadian itu berlaku kerana pengurus masjid tersebut didakwa menukar kata laluan WiFi di masjid berkenaan.
Ketika kejadian, dua pemuda tersebut mengejar pengurus berkenaan dengan parang dan aksi mereka dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid tersebut.
Jurucakap polis, Rona Tambunan memaklumkan, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kes tersebut.
Katanya, insiden itu hanyalah disebabkan oleh salah faham antara mangsa dan pelaku.
“Polis sudah menahan dua suspek yang mengejar mangsa dengan parang dan berdasarkan siasatan, tiada kekerasan berlaku antara mereka.
“Pelaku berang kerana tidak dapat menggunakan internet selepas kata laluan WiFi di masjid tersebut ditukar dan mangsa yang didakwa menukarnya,” katanya.