KENINGAU (Sabah, Malaysia): Datuk Dr. Sangkar Rasam mengakui bahawa Dayak Rights Action Force (DRAF) berpenanan mempertahankan hak-hak pribumi orang asal Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri (MPN) Sabah itu berkata, menurut penilainya Pertubuhan itu mampu memelihara adat am budaya serta menghormati agama masing-masing serta menyatupadukan kaum dayak orang asal Borneo.
Katanya, beliau menyokong serta sentiasa bersama dalam merealisasikan objektif persatuan itu di negeri Sabah dalam usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat dayak dengan masyarakat umum.
“Selain fokus kepada usaha mempertahan dan mengekalkan kebudayaan kaum Dayak, saya juga mahu ahli-ahli persatuan ini supaya aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat setempat,” Katanya di sini pada Sabtu.
Sijil berselendang merah dan Pembela Budaya Borneo turut diberikan kepada ketua-ketua Draf di setiap daerah di Sabah, yang disaksikan oleh wakil-wakil daripada beberapa pertubuhan seperti
PEDABRO, PANDARAS, Kelab Tarian D’olumis, Kebudayaan Kampung Kadalakan dan dari Perguruan Tambak Baya, Odu Dabaai.