Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Flovia Ng sumbangan jayakan apresiasi SK Lanas, hulur ehsan mandiang Stella di Kg. Magatang

0

TULID (Sabah, Malaysia): Keperihatinan Wakil Rakyat Tulid Datuk Flovia Ng menghulurkan sumbangan untuk menjayakan majlis apresiasi sekolah itu pada Khamis (16 Febuari 2023) disambut baik oleh warga sekolah berkenaan khususnya Persatuan Ibubapa Dan Guru-Guru (PIBG).

“Sumbangan yang sangat bermakna bagi sekolah ini,” Demikian reaksi Pengerusi PIBG SK Lanas Abel Duai, dan berkata sumbangan itu akan digunakan untuk melancarkan perjalanan majlis itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Alab Mohd Fatta Bin Ulin, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid itu menyampaikan sumbangan yang berbentuk kewangan  kepada  Abel pada Rabu.

Di Kg. Magatang Flovia yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah menyerahkan bantuan ehsan kepada Wellfred Karangi, suami kepada mandiang Stella Liansun.

Pengerusi JPKK Kg. Magatang Justin Langait mewakili Flovia untuk menyampaikan sumbangan ehsan di kediaman mandiang pada Selasa.

 439 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.