KUCHING (Sarawak, Malaysia): — Bubar pada 11 April 2016,” Tan Sri Adenan Satem umum teka teki bila kah Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar.
Memberitahu pengumuman itu dalam satu persidangan media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Ketua Menteri Sarawak itu berkata – “Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, telah bersetuju bagi pembubaran itu”.
Pembubaran DUN itu pada 11 April bagi memberi laluan pilihan raya negeri ke-11 akan diadakan.
Adenan pada sebelum pengumuman itu menghadap Yang Dipertua Negeri di kediamannya Demak Jaya di sini.
Pengisytiharan pembubaran itu, ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian diadakan. Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri.
55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dikuasai BN, DAP 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan seorang ADUN Bebas.
Pilihanraya Bumi Kenyalang pada ke 11 menyaksikan 11 kerusi baharu berikutan persempedanan baru kawasan pilihanraya negeri itu.
Adenan optimis BN kembali berkuasa di negeri itu, sekalipun beliau merasakan terdapat sedikit perubahan sokongan, sementara beliau sendiri dijangka akan berhadapan dengan tentangan sengit daripada pihak pembangkang, namun ia tidak mengugat sokongan pegundi di kawasan itu untuk terus memberi mandat yang tidak berbelah bahagi kepada beliau.