Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Erdogan gesa PBB guna kekerasan jika Israel enggan akur

0

ANKARA: Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan, mengesyorkan Psa PBB guna kekerasan jika Israel enggan akurertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan kekerasan, selaras resolusi diluluskan pada 1950 jika Israel enggan akur kepada keputusan badan dunia itu.

Kenyataan Erdogan itu dibuat selepas mempertimbangkan kemungkinan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan Lubnan.

“Perhimpunan Agung PBB (UNGA) perlu segera melaksanakan kuasa untuk mengesyorkan penggunaan kekerasan, selari resolusi ‘Uniting for Peace 1950’, jika arahan UNSC gagal dipatuhi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Ankara.

Menurut resolusi itu, UNGA boleh campur tangan, jika terdapat perselisihan dalam kalangan lima kuasa tetap UNSC yang memiliki hak veto, iaitu Britain, China, Perancis, Russia, dan Amerika Syarikat (AS), menyebabkan mereka gagal mengekalkan keamanan global.

UNSC adalah agensi tunggal PBB yang biasanya boleh membuat keputusan mengikat secara undang-undang, seperti memberi kuasa menggunakan kekerasan dan mengenakan sekatan.

Turkiye, yang turut menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mengecam serangan Israel di Gaza dan mengutuk operasi ketenteraan rejim Zionis di Lubnan yang menyasarkan pejuang Hizbullah.

Malah, Turkiye menghentikan semua perdagangan dengan Israel dan memohon menyertai perbicaraan kes genosid membabitkan Israel di Mahkamah Dunia, yang dibantah oelh Tel Aviv.

Sementara itu, Erdogan mengakui sedih melihat negara Islam gagal berpendirian lebih agresif terhadap Israel, selain mendesak mereka mengambil langkah ekonomi, diplomatik dan politik ke atas Tel Aviv untuk memberi tekanan supaya menerima gencatan senjata.

“Demi keamanan semua di rantau ini, sama ada Islam Yahudi atau Kristian, kita semua gesa masyarakat antarabangsa dan dunia Islam untuk bertindak,” katanya sambil menambah serangan Israel akan menyasarkan negara Islam, jika ia tidak dihentikan segera. – REUTERS

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.