Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon, Azalina wakil Malaysia istiadat pengebumiaan negara Paus Francis di Vatican

0

PUTRAJAYA: Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Azalina Othman Said Bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick,  mewakili Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang Paus Francis yang akan diadakan pada 26 April 2025 di Vatican City.

Istiadat Pengebumian Negara berkenaan termasuk Misa pengebumian di St. Peter’s Square, Vatican City yang akan dipimpin oleh Giovanni Battista Re, Ketua Kolej Kardinal.

Satu istiadat perarakan akan diadakan bagi mengiringi jenazah Paus Francis ke Basilika Santa Maria Maggiore, di mana beliau akan disemadikan dalam satu upacara tertutup.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim,  menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Paus Francis pada 21 April 2025.

Dalam perutusan beliau, Anwar memperingati sumbangan besar kepada usaha dialog antara agama, pengurusan alam sekitar serta perlindungan hak bagi golongan dimarginalisasi.

Pada 23 April 2025, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga telah menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Besar Holy See di Kuala Lumpur bagi pihak Kerajaan Malaysia.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.