Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ewon optimis Mou SME Corp, PERNAS dan Monsha’at Arab Saudi kukuh Kerjasama strategik agensi PKS Timur Tengah

0
Ewan dan Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Al-Kassabiah menyaksikan pemeterian Mou diantara SME Crop dengan Monsha-at. SME Crop Malaysia diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Dato” Nainy

RIYADH: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick optimis pemeterian perjanjian persefahaman (Mou)  antara dua agensi KUSKOP SME Corp Malaysia dan PERNAS dengan agensi Monsha’at (Small and Medium Enterprises General Authority) Arab Saudi, akan memperkukuh Kerjasama strategik antara dua agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam sektor tumpuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan francais dengan agensi PKS di Timur Tengah.

Bercakap dalam satu kenyataan media selepas menyaksikan pemeterian itu, Ewon berkata, ““Semoga kerjasama yang lebih kukuh dapat dibangunkan di antara agensi kedua-dua kementerian serta di antara kedua-dua kerajaan dan juga sesama perusahaan dari kedua-dua negara,”

Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) itu antara SME Corp Malaysia dan PERNAS dengan agensi Monsha’at (Small and Medium Enterprises General Authority) Arab Saudi.

“Saya dan Menteri Perdagangan Arab Saudi Dr Majid Abdullah Al-Kassabiah menyaksikan pemeteraian MoU di antara SME Corp dan PERNAS dengan Monsha-at.

Ewon kemudiannya menyempurnakan pembukaan Pavilion Malaysia sempena BIBAN24, menyaksikan Sebanyak 30 syarikat PKS, francais dan koperasi dari Malaysia mengambil bahagian sepanjang lima hari ekspo itu.

Katanya, usahawan yang menyertai pameran itu adalah usahawan yang dibangunkan oleh agensi-agensi KUSKOP iaitu SME Bank, SME Corp, PERNAS, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan juga Malaysian Franchise Association (MFA).

“Ini adalah peluang terbesar usahawan-usahawan, syarikat-syarikat francais Malaysia menyertai pameran perniagaan PKS terbesar di Arab Saudi seterusnya merebut peluang meluaskan pasaran atau mengeksport produk mereka di Timur Tengah,” katanya.

Ewon bersama delegasi KUSKOP mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Riyadh, Arab Saudi.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.