Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Fosil lipan sebesar kereta ditemukan

0

FOSIL lipan gergasi sebesar sebuah kereta ditemukan di Pantai Howick di Northumberland, 64 kilometer dari Newcastle.

Lapor Daily Mail, lipan sebesar 2.7 meter dari kepala ke kaki yang ditemukan itu sekali gus merekodkan sebagai penemuan haiwan invertebrata terbesar sepanjang zaman.

Spesimen itu hanya kali ketiga yang pernah ditemukan dan rekod sebelum ini digali di Jerman.

Pakar Sedimentologi, Neil Davies dari Universiti Cambridge berkata, penemuan fosil kaki gergasi itu jarang berlaku kerana sebaik sahaja haiwan itu mati, badannya akan kelihatan tidak jelas.

“Kami belum menemukan kepala fosil. Jadi, adalah sukar untuk mengetahui segala-galanya tentang lipan tersebut,” katanya.

Fosil Arthropleura ditemukan kali pertama pada Januari 2018, selepas bongkah batu pasir jatuh dari tebing di Teluk Howick ke kawasan pantai.

Davis berkata, penemuan itu adalah satu kebetulan kerana cara batu itu terjatuh dan retak mendedahkan fosil kelihatan sempurna.

 

 

 364 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.