SEORANG perompak ditahan polis selepas dia didapati menyimpan wang tunai menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank yang dirompaknya.
Menurut polis Delaware, lelaki itu merompak bank Wells Fargo di Old Capitol Trail di New Castle, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Polis mengenal pasti identiti suspek sebagai McRoberts Williams.
Ketika kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu menyerahkan nota kecil kepada juruwang yang memaklumkan dia mahu merompak bank tersebut pada pukul 11.20 pagi waktu tempatan.
Juruwang itu kemudiannya menyerahkan sejumlah wang tunai yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada Williams sebelum dia meninggalkan bank.
“Selepas keluar dari bank, suspek menyimpan sebahagian daripada duit tersebut di mesin ATM yang terletak di luar premis sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki.
“Polis yang berasa curiga melihat tingkah lakunya terus mengejar suspek sehingga dia ditahan,” jelas jurucakap polis.