Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Fred beri permulaan sempurna buat Rangnick

0

JARINGAN cantik Fred memberi permulaan sempurna buat Ralf Rangnick selepas Manchester United menumpaskan Crystal Palace 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi (Isnin).

Rangnick yang memulakan tugas pertamanya sebagai pengurus sementara buntu selepas pasukannya sukar menembusi benteng Palace yang ‘degil’ ketika permainan berbaki 12 minit untuk ditamatkan.

Bagaimanapun rembatan kaki kanan Fred dari luar kotak penalti gagal ditepis penjaga gol lawan, Vicente Guaita untuk memberikan tiga mata berharga buat United.

Kemenangan itu memastikan Red Devils masih tidak kalah dalam empat perlawanan sejak pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

Mereka juga mendaki ke kedudukan keenam liga dengan hanya tiga mata dipisahkan dari pasukan tangga keempat, West Ham.

Palace yang mengalami kekalahan ketiga berturut-turut jatuh ke tangga ke-12. – AGENSI

 

 

 293 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.