Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gautam Adani paling kaya di Asia

0

PENGERUSI Kumpulan Adani, Gautam Adani mengetepikan rakan senegaranya, Mukesh Ambani untuk tampil sebagai individu terkaya di Asia.

Menurut Bloomberg, ahli perniagaan berusia 59 tahun itu yang mempunyai pelbagai sektor perniagaan termasuk pelabuhan dan aero angkasa dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$88.5 bilion (RM371 bilion).

Seperti kebanyakan hartawan lain, Adani turut merekodkan peningkatan keuntungan sepanjang pandemik Covid-19 berlangsung.

Pada tahun lalu, nilai kekayaan Adani kurang dari AS$40 bilion (RM168 bilion).

Keuntungan itu secara tidak langsung menjadikan Adani sebagai individu ke-10 paling kaya di dunia.

 100 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.