Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gempa kuat 6.5 magnitud landa selatan Filipina

0

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda Wilayah Sultan Kudarat, di selatan Filipina pagi tadi, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Gempa berlaku pada 10.13 pagi waktu tempatan pada kedalaman 651 kilometer (km), kira-kira 91 km barat daya Kalamansig, lapor Xinhua.

Gegaran turut dirasai di Bandar Tagum, wilayah Davao del Norte.

Gempa tektonik itu dijangka menyebabkan gegaran susulan, namun tidak akan menyebabkan kerosakan, menurut institut itu.

Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia melaporkan gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda wilayah barat Bengkulu pada malam semalam, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

– BERNAMA-XINHUA

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.