Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gigit kain kasa atau baca al-Quran bagi tahan sakit ketika dibedah tanpa bius

0

GAZA: Kekurangan bekalan ubat dan peralatan di kebanyakan hospital di Gaza menyaksikan banyak penduduk yang cedera terpaksa menjalani pembedahan tanpa dibius.

Keadaan itu disifatkan amat mengerikan dan menyakitkan, namun petugas perubatan tidak mempunyai pilihan demi menyelamatkan nyawa penduduk.

Serangan demi serangan yang dilancarkan Zionis di wilayah Gaza menyaksikan jumlah penduduk terkorban dan cedera terus meningkat.

Keadaan itu menjadikan bekalan ubatan sedia ada amat terhad dan bekalan yang disalurkan juga tidak mencukupi.

Menceritakan mengenai pengalaman melakukan pembedahan tanpa bius kepada pesakit cedera, seorang jururawat di Hospital Nasser di Khan Yunis, Ahmed Khaled sempat mengalirkan air mata.

“Dalam keadaan serba kekurangan, kami hanya mampu berikan kain kasa untuk digigit pesakit ketika mereka menjalani pembedahan tanpa bius.

“Itupun jika kain ada, jika tiada, kami terpaksa mendengar bunyi jeritan, raungan menyakitkan dari mereka.

“Kami tahu kami tidak boleh hilangkan kesakitan mereka, namun itu sahaja yang mampu kami lakukan,” katanya.

Ahmed Khaled turut berkongsi detik paling tidak akan dilupakannya ketika merawat seorang lelaki warga emas yang mengalami kecederaan parah.

“Masa itu saya tak jumpa kain kasa dan ubat pelali. Tetapi kecederaannya mesti dijahit segera. Saya terpaksa teruskan rawatan sementara beliau membaca ayat-ayat al-Quran sehinggalah selesai rawatan,” katanya.

 

 105 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.