Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gunung Merapi muntahkan debu panas

0

GUNUNG Merapi kembali memuntahkan debu panas sekitar pukul 4 hingga 8 pagi tadi.

Lapor Kompas.com, Pusat Pembangunan dan Kajian Teknologi Bencana (BPPTKG) menerusi akaun Twitter rasmi memuat naik perkembangan terkini mengenai kejadian terbaharu itu.

Akibat gumpalan awan panas yang dikeluarkan Merapi, berlaku hujan debu di beberapa lokasi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua BPPTKG Yogyakarta, Hanik Humaida.

Katanya, ketika ini Merapi sudah berhenti mengeluarkan guguran debu panas.

Pihaknya meminta orang ramai mengikuti maklumat terkini Merapi menerusi media sosial rasmi BPPTKG.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.