Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Piring terbang UFO mendarat belakang rumah

0

SEORANG wanita mendakwa menemukan piring terbang milik makhluk asing di laman belakang rumahnya di Arizona, Amerika Syarikat (AS).

Lapor Daily Star, Ally Murray memuat naik gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) dalam akaun TikToknya sehingga meraih tontonan 2.5 juta kali.

“Jika ada sesiapa daripada Conspiracy TikTok di sini, saya ingin maklumkan ada perkara menarik kerana sudah menemui UFO di belakang rumah.

“Saya rasa makhluk asing mengambil keputusan meninggalkan piring terbang berbentuk bulat di sini,” tulisnya.

Menerusi klip video itu, Murray berusaha meneliti objek berwarna kelabu tersebut sambil bertanyakan warga maya mengenai fungsi UFO tersebut.

Kebanyakan pengguna media sosial mempersoalkan mengenai penemuan objek tersebut dan ada beranggapan ia hanyalah dua piring satelit lama yang dicantumkan semula.

Ada juga yang beranggapan ia sebenarnya tangki air binatang liar yang diletakkan di kawasan itu.

 180 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.