Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Guru agama SJKC Yuk Kong Keningau antara dua maut kemalangan Jalan Kimanis

0

KOTA KINABALU: Dua lelaki seorang daripadanya guru agama di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJCK) Yuk Kong Keningau maut, manakala seorang ibu dan bayinya cedera apabila kereta mereka bertembung lori tiga tan di Batu 16, Jalan Kimanis-Keningau, tengah malam pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Hamsa Isnurdin, berkata dua lelaki yang maut di lokasi kejadian dikenal pasti sebagai Mohd Izuddin Abu Hasan, 32, dan Mohd Kasim Labadillah, 33.

Sehingga berita ini ditulis JBPM tiadak memperolehi maklumat  mengenai identiti ibu dan bayi tersebut kerana telah dibawa ke hospital sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

“Ibu dan bayinya telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan, pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan dua mangsa lain (dalam kereta) menggunakan peralatan khas.

“Pemandu dan seorang penumpang lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata siasatan awal mendapati, kereta Proton Persona bergerak dari arah Kota Kinabalu menuju ke Keningau manakala lori berkenaan pula menuruni bukit dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Proton Persona dipercayai gagal mengawal kenderaan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung lori.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang hadapan Proton Persona meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dihubungi.

“Siasatan mendapati, Proton Persona berkenaan adalah kereta sewa dinaiki tiga sekeluarga termasuk penumpang hadapan yang maut di lokasi kejadian,” katanya.

 

 1,204 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.