Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Human Rights Watch desak Thailand ‘simpan’ Muhammad Sajjad 

0

KUMPULAN Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch mendesak Thailand tidak menghantar pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat ke Malaysia.

Wakil Pengarah Human Rights Watch di Asia mempertahankan supaya individu itu tidak dihantar pulang ke Malaysia dalam keadaan apa sekalipun.

“Sajat perlu dihantar ke negara yang menawarkan perlindungan hak asasi manusia dan bukan dianiaya jika dihantar ke Malaysia,” katanya.

Muhammad Sajjad ditahan pihak Imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah pada 8 September lalu.

Dia kemudian dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan Imigresen dan dikenakan hukuman denda.

Dia dikehendaki pihak berkuasa Malaysia di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan. – AGENSI

 

 159 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.