Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gorila buat ‘aksi tidak senonoh’ depan pengunjung

0

PENGUNJUNG zoo di New York terkejut ketika mendapati sepasang gorila melakukan ‘aksi tidak senonoh’ di depan mereka.

Sebuah rakaman dari NSFW menunjukkan dua binatang itu sedang berciuman antara satu sama lain ketika Zoo Bronx itu dipenuhi orang ramai.

“Saya terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa disebabkan aksi semula jadi itu,” jelas perakam video itu kepada New York Post.

Lelaki itu berkata, dia mengunjungi zoo di bandar itu bersama keluarga dan saudaranya.

Mereka kemudian mendekati dua ekor gorila yang pada mulanya sedang duduk, manakala seekor lagi sedang berbaring.

Tiba-tiba, seekor gorila melakukan ‘aksi tidak senonoh’ kepada pasangannya sehingga membuatkan pengunjung tergamam dan menjauhkan anak mereka segera. – AGENSI

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.