Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Indon serius tangani masalah jerebu rentas sempedan

0

Oleh: DG HENRY

KUCHING (Sarawak, Malaysia): — Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Indonesia telah mengambil tindakan serius untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan daripada berlaku tahun ini ekoran pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera.

Katanya, jaminan itu diberikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Dr. Siti Nurbaya Bakar, ketika mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia Joko Widodo di Jakarta pada minggu lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata, menteri negara jiran itu telah memaklumkan bahawa kerajaannya telah menarik balik banyak konsesi balak sebagai tindakan tegas.

Wan Junaidi memberitahu perkara itu kepada media di majlis penyampaian sumbangan berjumlah RM99,000 kepada 34 pertubuhan dan persatuan di sini pada Jumaat di sini.

Isterinya Datin Seri Foena Junaidi turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,400 daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) kepada sembilan pelajar .

“Sebagai tambahan, Indonesia, menurut Siti Nurbaya, turut sedia menggerakkan kira-kira 3,000 anggota tentera dan polis untuk memantau serta mengambil tindakan segera memadamkan kebakaran hutan,” katanya.

Katanya, Indonesia memandang serius masalah itu kerana rakyatnya turut terjejas teruk apabila jerebu berlaku.

Mengenai Sidang Kemuncak Hutan Tropika di Brunei awal minggu ini yang dihadirinya, Wan Junaidi berkata usaha Malaysia melindungi dan memulihara hutan menerusi pengurusan hutan mampan mendapat penghormatan darpada sembilan negara yang menghadirinya.

Jelasnya, Ia juga meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang baik bagi mendapatkan dana Perubahan Iklim dari negara membangun untuk melakukan lebih banyak program pemulihan dan pemuliharaan, katanya.

Beberapa negara Pasifik Selatan seperti Fiji, Timor Leste dan Kepulauan Solomon juga berminat mempelajari sistem pengurusan hutan mampan yang diguna pakai di Malaysia, bagi melindungi mereka daripada cuaca yang buruk berikutan perubahan iklim, katanya dan menambah, usaha Malaysia menerusi projek Heart of Borneo (HOB) membabitkan Sarawak dan Sabah (serta Brunei dan Indonesia) dan Projek Central Forest Spine di Semenanjung membolehkannya memulihara dan juga meluaskan kawasan hutan tropika dan habitat semula jadi hidupan liar.

“Keseluruhan HOB akan membolehkan dunia memiliki 200 juta hektar hutan tropika apabila dilaksanakan sepenuhnya,” tambahnya.

Menteri itu berkata, Jumlah keseluruhan kawasan hutan menerusi HOB dan Central Forest Spine (menguruskan kawasan hutan yang kecil berikutan proses pembangunan) kini berada pada tahap 55.36 peratus dan mampu mencapai 60 peratus daripada keseluruhan kawasan itu pada masa hadapan.”.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.