Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Indonesia bakal mempunyai loji tenaga nuklear pertama

0

BANGKA: Rancangan membina Loji Tenaga Nuklear (PLTN) di Kepulauan Bangka Belitung akan diteruskan.

Keputusan itu dibuat selepas Dewan Tenaga Nasional (DEN) menilai kepentingan pemerkasaan tenaga, termasuk tenaga yang dihasilkan dari loji nuklear bagi mendukung program Indonesia Maju.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap DEN, Agus Puji Prasetyono ketika mengunjungi Pejabat Gabenor Bangka Belitung, kelmarin.

Katanya, penerimaan masyarakat Bangka Belitung terhadap projek itu juga amat baik.

“Ketika ini, DEN masih menilai koordinasi yang lebih menyeluruh dalam menyusun kawasan yang akan terlibat dalam pembangunan loji tersebut.

“Kita juga akan mendorong nuklear sebagai tenaga utama dalam Dasar Tenaga Negara (KEN) kerana ia lebih bersih dan murah,” ujar Agus.

DEN merancang untuk menggunakan bahan mineral thorium sebagai bahan bakar di loji nuklear yang akan dibangunkan.

Agus memberitahu, bahan mineral itu akan diimport dari Korea Selatan sebelum mendapatkan bekalan dalam negara.

Loji nuklear itu dijangka dibangunkan di Pulau Gelasa, Bangka Tengah.

 

 768 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.