Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemuda rogol mayat gadis mati dibunuh di Jawa Timur

0

JAKARTA: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak merogol mayat seorang remaja wanita yang mati dibunuh dalam satu insiden di Mojokerto, Jawa Timur.

Menurut polis, pemuda yang dikenali sebagai M. Adi itu memberitahu, dia merogol mayat itu sebanyak dua kali.

“Remaja perempuan itu dibunuh oleh rakan sekelasnya yang merupakan bekas kekasihnya.

“Kemudian, suspek meminta tolong M. Adi untuk menguruskan mayat tersebut yang diletakkan dan disembunyikan di sebuah rumah kosong.

“M. Adi merogol mayat itu ketika suspek pergi mendapatkan tali untuk mengikat guni yang akan digunakan untuk membuang mayat mangsa,” kata Ketua Polis Mojokerto, Wiwit Adisatria.

Jelasnya, remaja perempuan itu dibunuh suspek kerana sering meminta duit darinya dan mengejutnya tidur dalam kelas.

“Suspek membunuh mangsa dengan mencekiknya hingga mati sebelum membawa mayatnya ke sebuah rumah kosong yang sering digunakan oleh ibu bapanya untuk membersihkan ayam kerana mereka menjalankan perniagaan menjual ayam,” kata Wiwit.

Terdahulu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangannya sebelum mayatnya ditemukan di rumah kosong terbabit.

Sementara itu, suspek dan pemuda berkenaan sudah ditahan polis bagi membantu siasatan.

 

 906 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.