PEGAWAI Daerah Keningau Walter Kenson optimis bahawa industri penternakan air tawar jika digarap dengan baik menjadi sumber kekayaan baharu bagi rakyat.
Katanya, keyakinan besar itu berdasarkan kedudukan geografi dan bentuk muka bumi Kenigau yang sangat strategik di lembah Banjaran Crocker dan Trusmadi yang memiliki sumber air semula jadi sepanjang tahun.

“Sebab itu saya katakana Keningau sangat berpotensi sebagai lokasi pembangunan industri penternakan ikan air tawar,’’ katanya ketika berucap di majlis perasmian Kursus Asas Penternakan Air Tawar anjuran Jabatan Perikanan Wilayah Pedalaman di Sekolah Henry Gurney Keningau, di sini pada Selesa.
Seramai 35 peserta menghadiri kursus itu melibatkan pelajar, pegawai dan kakitangan Sekolah Henry Gurney
Katanya, permintaan terhadap ikan air tawar di daerah itu sangat tinggi selain menjadi pilihan utama untuk mendapatkan ikan segar dengan harga mampu bebanding ikan laut.
“Bukan sekadar pasaran domestik, tetapi permintaan di luar daerah seperti Kota Kinabalu sangat tinggi,” katanya dan menambah permintaan tempatan mampu mencapai sehingga 10 tan metrik sebulan.
Untuk rujukan, harga semasa bagi ikan segar telapia mencapai RM12 – 15 sekilo
“Peluang ini sangat menarik untuk diceburi khususnya golongan muda yang masih tercari cari bidang mana yang dijadikan karier,” katanyanya.
Pegawai Daerah itu menjelaskan bahawa halatuju kerajaan dalam program Sabah Maju Jaya menekankan pertanian, pelancongan dan perindustrian berasaskan bahan tempatan sebagai tumpuan utama untuk menjana ekonomi negeri Sabah.
“Di Keningau, saya mahu hasrat kerajaan ini direalisasi dan menjadi kenyataan, tetapi seharusnya mendapat sokongan padu daripada semua pihak termasuk rakyat,” ujarnya/
Beliau mengajak rakyat di daerah itu agar lebih kreatif untuk membina sumber ekonomi mereka dan berani menerokai bidang-badang baharu yang lebih menjamin dan menguntungkan.
Mengiringi Walter di majlis itu ialah Pengarah Sekolah Henry Gurney Jorennedy Sylvester dan Pegawai Perikanan Wilayah Pedalaman Harun Duin. – Oleh: G HENRY
![]()