
BUKAN semata-mata untuk menang, tetapi lebih kepada persahabatan untuk memperkasakan silaturahim, demikian reaksi Jurutera Bahagian, Jabatan Air Keningau Doddey Jude ketika menyaksikan pertemuan antara Keningau dan Sook di padang Kompleks Sukan Keningau pada Selasa.
Pasukan pelawat berkongsi kekalahan bersama Tambunan yang tewas kepada tuan rumah pada pusingan pembuka tirai.

Empat pasukan yang mewakili daerah Keningau, Sook, Tambunan dan Nabawan berentap dalam temasya sukan tahunan jabatan yang bermula pada 9 Vov lalu.
“Fokus perlawanan ini ialah untuk mencungkil bakat untuk mewakili jabatan ke pertandingan yang lebih besar,” katanya.
Doddey mengingatkan kesemua pasukan supaya bermain bersungguh-sungguh berlandaskan prinsip kesukanan yang tinggi.
Petang pada Khamis di padang Kompleks Sukan Keningau, tuan rumah menumpaskan Nabawan sekaligus mengutip mata yang ketiga. – Oleh: EKOK AMIN
557 total views, 1 views today