Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jalan kaki 8,000km tunai haji

0

RIYADH: Seorang lelaki dari India akhirnya memenuhi impian seumur hidupnya dengan berjalan kaki dari Kerala ke Kota Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Perjalanan sejauh 8,640 kilometer (km) itu membawa Shihabudeen Sayid Alawi merentasi lima negara iaitu India, Pakistan, Iran, Iraq dan Kuwait.

Lapor Arab News, Shihabudeen yang juga dikenali sebagai Shihab Chottur mengambil masa setahun 17 hari untuk sampai ke Mekah.

Shihabudeen berlepas dari Kerala pada 2 Jun 2022 dan tiba di Kota Suci pada 7 Jun lalu.

“Saya tiba di sempadan Kuwait-Arab Saudi pada pukul 5.17 pagi  (waktu tempatan) yang merupakan hari Ramadan.

“Saya bersujud lalu menyentuh pasir Arab Saudi tanda rasa bersyukur selamat sampai dan dapat menunaikan impian selama ini,” katanya.

Menurut Shihabudeen, selepas memasuki Arab Saudi, dia pergi ke Madinah dan menghabiskan masa selama 21 hari sebelum berangkat ke Mekah.

“Saya rasa perjalanan saya sudah tercapai sebaik sahaja menjejak kaki di Masjid Nabawi,” katanya.

Shihab menempuh jarak perjalanan sejauh 440 km antara Madinah dan Mekah dalam masa sembilan hari.

Dia bakal menunaikan haji selepas ibunya tiba dari Kerala.

Sementara itu, Shihabudeen berkata, dia kehilangan kira-kira 18 kilogram (km) berat sepanjang perjalanannya ke Arab Saudi.

“Saya hanya makan makanan tradisional yang dikatakan baik untuk kesihatan,” katanya.

 

 507 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.