Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jelius jurulatih pertama di Sabah miliki lesen PRO A

0

Oleh DG HENRY

KOTA KINABALU–Jelius Ating menjadi jurulatih yang pertama di Sabah memiliki Lesen Pro A yang melayakkannya untuk mengendalikan pasukan Liga Super dalam Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ini disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan pada Khamis yang menyatakan bahawa penghantaran Jelius untuk mengikuti kursus lesen tersebut merupakan sebahagian perancangan jangka masa panjang SAFA untuk pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

Katanya, ia strategi jangka masa panjang SAFA supaya jurulatih tempatan memiliki kelayakan untuk mengendalikan pasukan Liga Super pada masa akan datang.

“Kita tidak lagi tercari-cari orang tempatan yang ada kelayakan sedemikian,” katanya.

Jelius merupakan jurulatih yang membimbing pasukan Sabah untuk menjuarai Liga Perdana pada 2019 yang membolehkan pasukan itu dinaikkan ke saingan Liga Super, yang kemudian dijadikan sebuah kelab profesional dikenali sebagai Sabah FC.

Kelab itu pada awalnya dibimbing jurulatih Kuniawan Dwi Yulianto dari Indonesia sebelum diambil alih jurulatih Datuk Ong Kim Swee kemudian.

Beliau juga kagum dengan prestasi jurulatih wanita Sabah, Petronella Douny yang kini sudah memiliki Lesen A AFC/FAM dan telah diberi kepercayaan menjadi ketua jurulatih pasukan wanita B17 kebangsaan yang baharu oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, SAFA telah berusaha membantu penghantaran Petronella untuk mengikuti kursus kejurulatihan itu sehingga berjaya memiliki lesen tersebut.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.