Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pusat Astronomi Antarabangsa jangka Aidilfitri Jumaat, 21 April

0

DUBAI: Pusat Astronomi Antarabangsa mengumumkan bahawa negara-negara Islam dijangka melihat hilal Syawal atau anak bulan pada hari Khamis, 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung bulan Ramadan.

Lapor Gulf News, bagaimanapun, agensi itu menyifatkan tidak mungkin melihat anak bulan dengan mata kasar atau teleskop dari semua bahagian Asia dan Australia walaupun ada kemungkinan beberapa negara Islam boleh melihatnya.

Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan Syawal pada hari berikutnya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April adalah hari pertama Aidilfitri.

Tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan dan ia menandakan berakhirnya tempoh sebulan berpuasa.

Cuti Hari Raya Aidilfitri rasmi di Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengikut Kalendar Hijrah adalah dari 29 Ramadan hingga tiga Syawal.

Ini akan membawa kepada jangkaan empat hari di negara itu yang akan jatuh pada 20, 21, 22 dan 23 April.

Sementara itu, portal berita, suara.com melaporkan, badan keagamaan Indonesia, Muhammadiyah juga menetapkan Aidilfitri pada 21 April yang mungkin berbeza dengan tarikh yang ditetapkan kerajaan.

Takwim Aidilfitri 2023 menurut Muhammadiyah ditetapkan berdasarkan dari hasil hisab Ramadhan, Syawal, dan Zulhijah 1444 Hijriah.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.