Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jokowi terkejut anak sertai politik

0

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengakui terkejut dengan keputusan anak bongsunya, Kaesang Pangarep untuk terjun ke bidang politik namun enggan campur tangan dalam urusan itu.

Jokowi berkata, Kaesang sudah berterus terang tentang hasratnya untuk menceburkan diri dalam bidang politik dan beliau memberikan kebebasan serta menghormati keputusan itu.

“Kaesang sudah bercakap dengan saya, tetapi saya sentiasa memberi anak-anak saya kebebasan dan tidak pernah mempengaruhi mereka berhubung politik.

“Anak-anak saya termasuk Kaesang boleh membuat keputusan sendiri. Saya tidak mempengaruhinya dan tidak akan membuat keputusan untuknya kerana dia pun sudah mempunyai keluarga sendiri,” kata Jokowi.

Sementara itu, anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka mendedahkan, hasrat Kaesang itu pertama kali disuarakan ketika majlis makan tengah hari bersama keluarganya di Solo di Jawa Tengah minggu lalu.

Gibran yang juga Datuk Bandar Solo mengakui terkejut kerana Kaesang tidak pernah membicarakan soal politik ketika berkumpul atau bersantai bersama keluarga.

“Saat itu sangat berbeza. Kaesang tiba-tiba menyuarakan keinginan untuk terjun ke dunia politik. Saya dan bapa juga terkejut seperti tidak percaya.

“Ketika itu saya tidak mengulas apa-apa, biarkan dia belajar dan meneroka dahulu,” katanya.

Minggu lalu, tersebar berita Kaesang berhasrat untuk bertanding sebagai Ketua Wilayah dalam pemilihan di bandar Solo.

Pengarah utama Persatuan Bola Sepak Indonesia Surakarta (Persis) itu dikatakan bakal digandingkan dengan anak bekas Datuk Bandar Solo, FX Hadi Rudyatmo bernama Rheo Fernandes.-AGENSI

 422 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.