Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jutawan bina ruang rehat mewah, berdepan hukuman penjara

0

LONDON: Seorang jutawan yang membina sebuah ruang rehat dilengkapi pelbagai kemudahan riadah mewah termasuk kasino, kini bakal berdepan hukuman penjara lagi selepas mengingkari perintah mahkamah.

Lapor Daily Mail, Graham Wildin, 70, membina ruang rehat sebesar 929.0304 meter persegi secara haram di belakang kediamannya di Cirencester, Gloucestershire pada 2014 tanpa permohonan permit pembinaan.

Ruang riadah itu dilengkapi dengan bar sendiri, pawagam, kawasan boling dan kasino.

Sebelum ini, Wildin dihukum penjara pada Ogos tahun lalu kerana gagal mematuhi perintah mahkamah yang mengarahkannya untuk merobohkan bangunan itu.

Wildin diberi tempoh 18 minggu bermula tarikh dibebaskan dari penjara untuk mematuhi perintah mahkamah dikeluarkan sebelum ini yang mengarahkan jutawan itu tidak menggunakan ruang itu serta mengosongkan semua barangnya.

Pada masa itu, Wildin mendakwa langkah merobohkan bangunan itu hanya akan menelan perbelanjaan kira-kira 720,000 Pound (RM3.77 juta).

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat pelanjutan perintah mahkamah namun difahamkan ia sudah melepasi tarikh pada 27 Januari lalu.

Meskipun beberapa lori dikesan di luar kediaman Wilden pada awal bulan ini, tetapi jutawan itu bakal berdepan hukuman penjara kedua sekiranya belum mengosongkan bangunan tersebut.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.