ANALISA BERITA

SEJAK Khamis (13 Feb 2020) pelbagai medium media sosial menerbitkan berita mengenai pemecatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan Raymond Ahuar sebagai Setiausaha Politik (Setpol) Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.
Sabah News Today (SNT) memilih tajuk ‘Setiausaha Politik Menteri Pelancongan, Alam Sekitar Dan Kebudayaan, Raymond Ahuar dipecat’, Sabahkini2.com memilih tajuk ‘Kabinet Sabah restu Raymond Ahuar Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri dipecat’, Borneo Buletin Online dalam ruangan politik menyiarkan berita pemecatan itu dengan tajuk ‘ Raymond Ahuar, sah dipecat Setiausaha Politik Timbaan Ketua Menteri’, Malaysiakini.com melalui edisi 14 Feb 2020 menggunakan tajuk ‘Pembantu TKM Sabah dipecat lepas lakukan lawatan kerja’.
Hantaran-hantaran melalui Facebook, Wahatsapp dan media-media lain menggunakan pelbagai versi tajuk yang mengandungi elemen ‘pro dan kontra’.
Malaysiakini edisi 14 Feb 2020 menerbitkan kenyataan Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Abdul Rahman Dahalan dengan tajuk, ‘Rahman Dahlan gesa K’jaan Sabah jelaskan sebab pemecatan pembantu TKM’.
Raymond Ahuar merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah, Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Naib Ketua Pemuda Pakatan Harapan Pusat dan dan Ketua Cabang PKR Pensiangan.
Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang tular mengenai pemecatan Raymond, anak muda etnik Murut Tahol ini dipetik oleh pelayar media sebagai telah melakukan kesalahan displin; Raymond dikatakan terlibat dalam kes salahguna kuasa yang ditafsir boleh menerbitkan kerosakan kepada menteri, dasar kementerian hatta kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Raymond mengakui dalam satu hantaran kepada media pada 13 Feb 2020 bahawa isu pemecatan beliau sebagaimana Datuk Christina maklumkan kepada beliau dalam satu perjumpaan terakhir jam 1 petang pada Khamis bahawa pemecatannya telah dibawa ke Mesyuarat Kabinet Sabah, dan diusulkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, dan mendapat sokongan majoriti anggota kabinet.
Di lapangan, pemecatan Raymond disifatkan oleh sebahagian besar rakyat sebagai satu kerugian besarkepada bangsa Murut di kawasan pedalaman, sementara yang lain memberi penilaian bahawa pemecatan itu lebih bermaksud pengalaman pahit yang memberi ruang kepada Raymond untuk berfikir dan menoleh sejenak ke belakang untuk melihat denai politik yang beliau telah lalui.
Politik tidak ada kawan dan musuh selamanya, anak ketiga Chegu Ahuar Rasam itu telah melakukan cubaan berani untuk bertanding sebanyak dua kali, pada ketika anak-anak muda yang lain di kawasan pedalaman Sabah tidak mampu untuk melakukan.
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 (2014) Raymond bertanding buat kali pertama pada usia 29 tahun diatas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan hampir menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Bobbey Apang Suan dengan majoriti 342 undi.
Raymond (PKR) memperolehi 3,816 undi sementara Bobbey (BN) menang dengan 3,474 undi.
PRU 15 (2018), Raymond sekali lagi pada usia 33 tahun bertanding bagi kerusi Parlimen P.182 Pensiangan diatas tiket PKR.
Raymond memperolehi 9,469 undi sementara calon BN Athur Joseph Kurup menang dengan 11,783 undi.
Tewas dalam dua cubaan, namun pemain politik menyifatkan penyertaan anak muda itu dalam dua pertandingan pada usia muda perlu dilihat positif kepada pembangunan politik dikalangan anak-anak muda suku kaum Murut di Pensiangan.
Menurut Wikipedia, politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Sains politik merupakan kajian mengenai tingkal-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya; keupayaan untuk memakasa kehendak seseorang kepada yang lain.
Perlanggaran displin, salah guna kuasa dan sebagainya berlaku kepada sesiapa pun dan ia berlaku pada setiap saat tanpa sedar atau dengan sengeja, dengan tidak memilih bulu sama ada anda seorang yang paling tinggi kedudukan hatta tukang sapu bangunan sekali pun pun tidak terkecuali.
Proses politik adalah mengenai pengurusan manusia, yang memberi pengertian bahawa ‘manusia mengatur manusia’ melalui satu kaedah terpimpin dalam satu kolompok terpimpin.
Ahli politik yang bijak adalah seperti penjaga (gembala) yang berjaya menghimpunkan segenap haiwan pemaging dalam satu kandang tanpa sebarang perseteruan.
Perlaksanaan mengurus politik dengan baik merupakan satu kebijaksanaan ketua yang memiliki ilmu dan pandangan yang baik dan holistik.
Pada fizikalnya isu pemecatan Raymond bukan sesuatu yang mengemparkan, ia perkara biasa dan pintas yang dilakukan oleh kebanyakan pengamal politik untuk menghentikan, meruntuhkan, memusnahkan atau menutup pintu laluan kepada pihak yang difikirkan ancaman kepada seseorang.
Pemecatan itu dilihat oleh sebahagian pemain politik umpama membakar jambatan diantara pengundi Murut yang menjadi penentu kepada politik di kawasan pedalaman.
Contohnya pemecatan Raymond dilakukan melalui saluran suara ‘Anggota Kabinet’ negeri Sabah, dan ia adalah luar biasa.
Adakah Raymond seorang yang terlalu bahaya kepada politik Sabah?
Menurut Wikipedia, Kabinet Negeri Sabah merupakan badan eksekutif bagi Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia. Kabinet diketuai oleh Ketua Menteri dan dibarisi dibarisi oleh 10 orang menteri, kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Kabinet dibantu oleh Pembantu-pembantu Menteri yang dilantik dengan cara yang sama dengan cara Ketua Menteri serta Menteri-menteri dilantik. Walau bagaimanapun, Pembantu-pembantu Menteri tidak menganggotai Kabinet.
Mesyuarat Kabinet turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Peguam Besar Negeri. Kedua-dua mereka dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka bukan anggota Kabinet.
Siapa Raymond sehingga pemecatannya dilakukan melalui mesyuarat kabinet? Anak muda Murut yang sedang membesar itu perlu memenafaatkan masa menganggurnya untuk mengatur strategi politiknya berlandaskan ilmu dengan keyakinan jitu bahawa semangat perjuangan Aki Ontoros mengalir dalam darah kamu.
Satu permulaan yang baik untuk berkuasa!
2,371 total views, 1 views today