Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemecatan Raymond tidak ada kaitan dengan Pembangunan Tatalaan 2 — Agnes

0
AGNES ANDREW JACK BACON

KENINGAU (Sabah, Malaysia) – Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tatalaan 2, Agnes Andrew Jack Bacon berkata, kes pemecatan jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan Raymond Ahuar sebagai Setiausaha Politik Menteri tidak ada kaitan dengan pembangunan tanah geran komunal Tatalaan 2.

Justeru tegasnya, kehadiran Raymond ke lokasipembangunan tanah itu (Tatalaan 2) serta dakwaan-dakwaannya dengan mengaitkan punca kepada pemecatannya sebagaimana yang tular dalam pelbagai medium media sosial bersifat politik bagi tujuan mendapat perhatian dan simpati daripada rakyat.

“Kami di Tatalaan 2 tidak menghadapi apa-apa masalah .. kontraktor yang dilantik oleh peserta untuk membangunkan kawasan itu telah melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dipersetujui,”

“..Dan sekiranya berlaku sebarang masalah, Kami (peserta pembangunan Tatalaan 2) akan berhubung terus dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Ukur atau agensi-agensi berkaitan lain,” katanya kepada media dalam satu sidang media di sini.

Agnes berkata, Raymond menjadi mangsa krisis kepentingan perniagaan kalangan tertentu berhubung dengan pembabitan beliau mengenai kes pembangunan geran komunal Tatalaan 2.

Memetik rakaman gambar Raymond yang dilihat bersama dan menggunakan aset (kenderaan) pihak tertentu sebagaimana yang tular, Agnes mengulas bahawa kehadiran mantan Setiausaha Politik Christina  ke lokasi pembangunan Tatalaan 2 menunjukkan wujud campur tangan pihak tertentu disebalik penularan dakwaan itu.

Untuk rekod, Tatalaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Tatalaan 1 dengan keluasan 3,000 ekar  menempatkan peserta geran komunal di tiga buah kampung, dan  9,000 ekar lagi diwujudkan bagi penempatan peserta dikalangan penduduk  10 buah kampungdisitu.

Awal minggu ini mesyuarat mingguan kabinet Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengumumkan dengan sokongan anggota mengenai pemecatan Raymond sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew atas sebab-sebab displin.

Raymond mendakwa pemecatannya dilakukan ketika beliau dalam lawatan kerjanya ke Tatalaan 2 untuk meninjau dengan lebih dekat kegiatan pembalakan di situ.

Agnes menjelaskan dalam satu kenyataannya kepada media bahawa pembangunan geran komunal Tatalaan 2 mendapat kelulusan yang sah daripada Jabatan Tanah dan Ukur, selain perlantikan  kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan itu adalah kehendak dan permintaan peserta kawasan itu sendiri.

Penduduk mahu kawasan tersebut dibersihkan untuk tujuan pertanian dan sebagainya.untuk keterusan hidup.

“Peserta yang melantik kontraktor bagi membangunkan kawasan itu (Tatalaan 2),” tambahnya dan menegaskan bahawa dakwaan-dakwaan Raymond sebagaimana yang tular dalam media sosial adalah tidak benar dan satu pembohongan yang bertujuan untuk meraih simpati daripada rakyat.

“Kami kesihan dengan apa yang telah berlaku ke atas Tuan Raymond, tetapi kes beliau tidak ada kaitan langsung dengan pembangunan tanah geran komunal Tatalaan 2,”.

“Jadi dengan itu saya berharap dengan  Raymond,  tolonglah hentikan kenyataan kenyataan yang beliau mengatakan dipecat  disebabkan pembangunan kawasan Tatalaan 2 kerana bagi kami peserta dan juga AJK,  tidak pernah ada apa-apa masalah dengan pengambilan kayu oleh kontraktor kerana ia melakukan pembersihan kawasan itu dan telah menyelanggara jalan dan jamabatan yang telah rosak sebelum ini” katanya.

Agnes yang bercakap bagi pihak seluruh peserta  Geran Komunal Tatalaan 1 dan Tatalaan 2  memberitahu,  mereka tidak dimaklumkan mengenai lawatan dan majlis dialog yang beliau dakwa diadakan di Kampung Katalirus pada 12 Februari lepas.

“Kami (peserta) tidak menerima apa-apa surat jemputan mengenai majlis itu,” katanya dan menambah, syarikat yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan itu (Tatalaan 2) telah menjalankan tugas mereka dengan baik.

Agnes turut memberitahu bahawa kerajaan telah meluluskan pemisahan geran individu bagi fasa pertama kepada seramai 100 peserta.

 

 9,152 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.