NABAWAN (Sabah, Malaysia) –Program kesedaran dan pencegahan wabak COVIND-19 perlu diperluaskan diperingkat sekolah di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Bobbey Suan berkata, ini penting kerana anak-anak sekolah juga terdedah dengan jangkitan virus tersebut.
Katanya, mereka juga terdedah di tempat awam dan bergaul dengan orang awam apabila ada program yang dianjurkan pihak sekolah terutama aktiviti luar sekolah.
“Pada masa ini program kesedaran dan pencegahan giat dijalan di tamu-tamu oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Kesihatan melalui pengagihan risalah dan hebahan kepada orang awam” katanya ketika ditemui selepas merasmilan Kejohanan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)Peringkat Daerah di Kompleks Sukan di sini.

Tetapi adalah lebih baik jika ia diperluaskan diperingkat sekolah-sekolah di daerah ini bagi memberi kesedaran tentang novel coronavirus termasuk virus polio di kalangan anak-anak sekolah termasuk guru-guru.
Ini katanya, adalah langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan wabak dan polio yang dipercayai boleh berjangkit.
“Jika anak-anak tidak diberi kesedaran dan pengetahuan tentang pencegahan virus tersebut, mereka terdedah dengan jangkitan apabila keluar ke pekan atau bandar dan tempat-tempat awam seperti pasar raya dan sebagainya. Kita bimbang kerana di negeri ini masih ada pelancong dari China yang belum kembali ke negara asal” jelasnya.
Katanya, program kesedaran dan pencegahan COVID-19 diperingkat sekolah boleh dijalankan dengan kerjasama pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan atau hospital serta klinik.
Terdahulu dalam ucapannya, Bobbey berkata, bidang sukan merupakan platform terbaik untuk melahirkan pelajar yang cergas fizikal dan mental, menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal dan emosi.
Katanya, sukan juga mampu membentuk seorang pelajar yang cergas, patuh dengan peraturan bagi membentuk modal insan yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan masa hadapan.
“Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu langkah yang tepat agar setiap murid dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang sihat dengan mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah” katanya.
Tambahnya, ia bukan sahaja mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah tetapi juga dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan pelajar dan guru-guru.
Dalam masa yang sama Bobbey berkata, kejohanan seumpama ini juga merupakan salah satu landasan untuk memilih atlit yang berpotensi dan mampu bersaing dengan atlit di daerah-daerah lain dalam kejohanan peringkat MSS Negeri nanti.
Dalam pertandingan perbarisan lintas hormat Kejohanan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah itu
Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK )Nabawan II muncul sebagai juara.
Naib juara disandang oleh SKPPK9 Pensiangan manakala tempat ketiga jatuh kepada SMK Sepulut.
Hadir sama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pensiangan Puan Nora Markus, Pengetua-Pengetua, Guru-Guru Besar dan para Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
1,717 total views, 1 views today