KENINGAU (Sabah, Malaysia): Perlu usaha yang lebih berkesan untuk memberi kesederan kepada pengguna jalanraya, dalam usaha untuk menurunkan kes kemalangan, jelas Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah – Datuk Sairin Karno.
Katanya, cadangan itu merujuk kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya melibatkan kematian di daerah Keningau yang meningkat berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Statistic polis menunjukkan 33 kes kemalangan maut berlaku di Keningau pada sepanjang tahun 2015, melibatkan 38 kematian berbanding 30 kes pada tahun 2014.
“Ini menunjukkan berlaku peningkatan,” katanya dan menjelaskan keadaan itu menunjukkan kesederan dikalangan pengguna jalanraya masih ditahap membimbangkan.
Sairin mendedahkan bahawa pengaruh alkohol dan kecuaian sebagai faktor utama kemalangan berlaku, jesteru beliau menasihatkan pengguna jalanraya supaya mengelak daripada terjebak dengan dua pengaruh tersebut.
Lokasi-lokasi yang berisiko kemalangan di daerah itu ialah Jalan Keningau – Tambunan serta Jalan Keningau – Kimanis.
Sambil menasihatkan pengguna agar memperkasakan kesederan berhemah ketika memandu, Sairin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Keningau melarang pemanduan ketika dipengaruhi alkohol.
Beliau turut mengingatkan pengguna jalanraya supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu.
“Ia sangat bahaya dan perbuatan itu boleh menyebabkan kehilangan nyawa,” katanya ketika berucap melancarkan Ops Selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina 2016 anjuran Polis Daerah Keningau.
Hadir di majlis itu – Ketua Polis Daerah, Deputi Superrintenden Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong, Katua Daerah (KD) keningau, Amir Datuk Arif, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N. 34 Liawan dan N. 33 Bingkor – Sahanip Jamil dan Kenedey John Angian serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.
1,024 total views, 1 views today