PEMBANTU Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Flovia Ng berkata, kemerdekaan bukan hanya retorik pengkisahan sejarah tetapi ia merupakan detik negara membentuk negara bangsa.

“..Kemerdekaan juga merupakan detik negara tercinta ini bebas daripada cengkaman penjajah,” katanya kepada The Borneo Digest sebaik mengambil bahagian acara pelepasan program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 di Keningau pada Jumaat.
Program konvoi kembara itu dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Elron Angin.
Flovia berkata, rakyat hendak lah mengambil peluang untuk menghayati intipati sebenar makna kemerdekaan.

Jelasnya, sempena sambutan hari Kebangsaan Malaysia ke-65 dan Hari Malaysia ke-59 bagi tahun 2022 ini, rakyat Malaysia yang tinggal di daerah pedalaman Sabah seharusnya mengambil kesempatan dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.
Tema Hari Kebangsaan Tahun 2022, “ #Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.
“Tema ini menepati dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keprihatinan kerajaan serta rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersama-sama bersungguh dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan berhadapan dugaan wabak COVID-19,” katanya.
Flovia yang merupakan Wakil Rakyat Tulid mengajak seluruh keluarga Malaysia meyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mewarnai dan menghiasi setiap premis dengan Jalur Gemilang bagi mencerminkan rasa cintakan tanah air.
“Untuk Tulid yang saya wakili, saya mahu semua rakyat mengibarkan jalur gemilang kerana sambutan tahun ini sangat bermakna dengan lebih meriah selepas pandemik COVID-19,”.
Kedua-dua Wakil Rakyat Bingkor dan Liawan, Datuk Robert Tawik serta Datuk Annuar Ayub meghadiri majlis itu.
1,434 total views, 1 views today