Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Keningau lancar kempen terbaharu perangi Covid-19

“.. Pertama, mengimbas kod QR MySejahtera dan kedua ialah menunjukkan Kad Vaksin,”. - Walter Kenson

0
Pegawai Daerh Keningau Tuan Walter Kenson mnjelaskan sesuatu mengenai poster kempen menghalusi Perlaksanaan Pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 di salah sebuah permis di bandar Keningau

KENINGAU maju selangkah dengan pelancaran kempen menghalusi Perlaksanaan Pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 3, yang disifatkan oleh rata-rata penduduk pedalaman Sabah itu sebagai usaha terpuji untuk memerangi pandemik Covid-19.

Memberitahu perkembangan terkini itu dalam satu persidangan media di Keningau (Sabah, Malaysia) di sini pada Isnin, Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Keningau Walter Kenson berkata, dua poster yang mengandungi maklumat penguatkuasaan diterbit dan diedarkan kepada pemilik permis perniagaan di daerah itu.

Katanya, Dua makalah poster itu ialah Standard Operating Procedure (SOP) Covid-19 pengunjung di semua permis perniagaan dan pejabat, dan satu lagi langkah penjagaan Covid-19 di semua restoran (Merendam sudu dan garfu dalam air panas).

“Kempen ini kita adakan selepas mendapati permis perniagaan di pusat bandar menjadi tumpuan untuk mendapatkan perkhidmatan dan bekalan makanan,”.

“Penduduk berpusu-pusu datang ke bandar .. senerio terbaru itu memperlihatkan masyarakat semakin lalai dan leka .. situasi ini sangat membimbangkan,”.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (PKOB) Daerah Keningau  baru-baru ini memutuskan  untuk melancarkan kempen  ini bagi tujuan untuk memperhalusi SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 di Keningau,”. katanya

Walter memberitahu, kandungan kempen itu menghendaki setiap individu yang mengunjungi permis perniagaan atau pejabat kerajaan atau swasta dikehendaki mengimbas kod QR MySejahtera atau menunjukkan Kad Vaksin bagi menunjukkan telah lengkap menerima dos vaksin.

“Ia bertujuan untuk memastikan masyarakat Keningau betul-betul mematuhi SOP utama, dan keperluan utama yang diwajibkan oleh kerajaan iaitu kesemua rakyat di negara ini mestilah mendapatkan vaksin,”.

“Kita dapati bahawa sebahagian besar masyarakat Keningau sudah divaksin tetapi ada tanda-tanda bahawa masyarakat sudah mula leka,”.

“..Jadi dengan sebab ini lah kita kuatkuasakan untuk semua pengunjung permis perniagaan dan juga pejabat-pejabat, sama ada kerajaan atau swasta untuk kita minta dua syarat ini,”.

“.. Pertama, mengimbas kod QR MySejahtera dan kedua ialah menunjukkan Kad Vaksin,”.

“Tanpa antara satu ini, mereka tidak dibenarkan masuk dalam permis perniagaan atau pejabat,” ulasnya.

Walter yang merupakan Pegawai Daerah Keningau berkata, kaedah mencatatkan suhu badan dalam buku sebagaimana amalan terdahulu meragukan kerana kemungkinan berlaku ketidakjujuran di situ.

Pegawai itu menekankan bahawa mana-mana individu yang memasuki permis perniagaan atau pejabat-pejabat kerajaan diwajibkan membawa Kad Vaksin pada sepanjang masa.

Mengulas lanjut, Walter menekankan, kerajaan memberi tempoh sehingga hujung bulan Oktober ini bagi individu yang kehilangan Kad Vaksin untuk mendapatkan gentian di Pejabat Kesihatan Kawasan.

“Kad Vaksin merupakan kad nombor dua penting selepas Kad Pengenalan,” katanya.

Mengenai penguatkuasaan, Walter memberitahu bahawa pegawai bertugas akan menjalankan pemereksaan di setiap permis perniagaan bagi tujuan pematuhan SOP.

“Kali ini kita buat tiga perkara, pertama untuk memastikan bahawa semua permis perniagaan dan juga pejabat memastikan bahawa dua perkara ini dipatuhi, iaitu imbasan QR MySejahtera .. ini memastikan individu itu bukan berisiko dan jika tidak berdaftar dengan MySejahtera wajib menunjukkan Kad Vaksin,”.

Katanya, pemereksaan rawak juga dilakukan kepada setiap pengunjung dimana-mana permis perniagaan khususnya restoran dan kedai makan bagi tujuan pematuhan SOP.

“..Dan orang awam tidak terkecuali untuk dipereksa,” katanya.

Walter memberitahu bahawa kempen itu melibatkan arahan bagi semua pemilik restoran, kedai makan dan gerai-gerai merendam peralatan makan dengan air panas sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

“Ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pelanggan selain mengelak daripada penularan Covid-19,” jelasnya.

Bersama dalam majlis pelancaran kempen itu ialah Ketua Polis Keningau DSP Shahrudin Mat Husein, Pegawai Kesihatan Kawasan Daerah Keningau Dr. Mohamad Norhaizam bin Ahmad @ Narawi, Presiden Chinese Chamber of Commerce Keningau Chew Ah Kau, Timbalan President Liew Ket Lim Supervisory Kapitan Frankie Fong dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau (MDK) Mohd Fawzi bin Abdul Kadir. – Oleh: DG HENRY, EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.