KES Covid-19 di Keningau belum stabil, kata Pengurusi Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Keningau Walter Kenson.
“Statistik harian kita dalam lingkungan 20 hingga 40 kes sehari, dan ini belum stabil,”.
“Kita (masyarakat Keningau) jangan leka … kita jangan rasakan bahawa kita sudah balik keadaan normal,”.
“Cuma kerajaan buka semua sektor ekonomi supaya kita boleh seimbangkan kawalan kita terhadap Covid-19 , juga langkah untuk mengambalikan sector ekonomi kita dalam keadaab asal itu seimbang,” katanya kepada Wartawan dalam satu sidang media selepas melancarkan Kempen memperhalusi Standard Operating Procedure (SOP) Perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa-3 Peringkat Daerah Keningau, di sini pada Isnin.
Untuk rekod, kes jangkitan Covid-19 di Keningau pada Selasa (26 Oktober 2021) 49 kes , meningkat 9 angka berbanding 30 kes pada Isnin.
Walter memberitahu bahawa peningkatan angka itu sebagai satu petanda bahawa situasi Covid-19 masih ditahap yang merisaukan.
Beliau menasihatkan penduduk di daerah pedalaman Sabah itu supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan memperkasa pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetpkan oleh kerajaan.
“Saranan saya ialah kita masing-masing menjaga kesihatan .. masing-masing menjaga penjarakan sosial dalam usaha menyumbang penurunan kes Covid-19 di sini (Keningau),” katanya.
Walter berkata, pandemik Covid-19 dijangka akan berterusan dalam beberapa tempoh yang amat sukar diramal.
Justeru tambahnya, masyarakat perlu berganding bahu untuk memerangi pandemik itu secara bersama.
“Langkah dan juga peranan barisan hadapan bukan lagi terletak dibahu agensi penguatkuasa kerajaan, tetapi semua individu dan kita semua bertanggungjawab untuk melaksanakan dan juga pematuhan SOP yang ditetapkan,” jelasnya.
Walter yang merupakan Pegawai Daerah Keningau menekankan, matlamat meletakkan Keningau bersih daripada Covid-19 bukan satu perkara mustahil jika semua masyarakat di daerah itu bersedia ke arah itu.
Menjawab satu soalan, Walter pemberian dos penggalak didaerah itu akan dilaksana sebaik pemberian vaksin kepada penerima berumur 12 tahun hingga 17 tahun selesai.—Oleh: ROSANNA EDEZA
![]()