Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kepala wanita berkecai jatuh dari tingkap hotel tingkat 7

0

BANGKOK: Seorang wanita berusia 32 tahun maut selepas dipercayai ditolak dari tingkat tujuh sebuah hotel di Thailand.

Mangsa yang merupakan teman wanita kepada seorang pelancong Russia dilaporkan berada dalam keadaan terbalik dan posisi tergantung sebelum terjatuh dan meninggal dunia.

Rakaman menunjukkan Daria Luzifiak tergantung dari tingkap Seven Seas Condo Resort yang terletak di bandar Pattaya, pantai timur Thailand.

Lapor Daily Mail, kamera litar tertutup (CCTV) merakam detik ngeri Daria terjatuh sehingga maut di tempat kejadian.

Sejurus selepas insiden itu, teman lelaki mangsa, Oeaop Nbahobny Fedor, 30, ditahan di lokasi kejadian kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan) semalam.

Dalam rakaman itu, Daria dilihat terjatuh dengan bahagian kepalanya ke arah bawah terlebih dahulu dan tangannya menggelepar sebelum jatuh ke tanah dan meninggal dunia.

Dilaporkan, pengawal keselamatan menemukan mayat mangsa dalam keadaan separuh bogel dan tertiarap berlumuran darah di luar hotel.

Oeaop pula ditemukan dalam keadaan marah berhampiran mayat wanita itu sebelum ditahan polis.

Sementara itu, superintenden polis daerah Jomtien, leftenan kolonel Kanisorn Apisop berkata, pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang tanda penderaan fizikal pada mayat mangsa.

“Bilik pasangan itu bersepah dengan bekas makanan dan botol alkohol namun tiada tanda pergaduhan atau pergelutan berlaku.

“Teman lelaki mangsa kini dalam tahanan, dia mempunyai jurubahasa dan kami sedang menunggu keputusan bedah siasat.

“Kami sedang menyiasat bagaimana lelaki itu terlibat dalam insiden ini,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.