Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerajaan Pusat; tambah kuota penerima vaksin Bingkor – Robert

Program outreach PPV Apin-Apin dan Dewan Masyarakat Bingkor hanya 1000 penerima

0

KEKURANGAN vaksin di Sabah menarik perhatian Pembantu Menteri Kerja Raya negeri itu, Datuk Robert Tawik @ Nordin yang memetik jika isu itu tidak ditangani dengan segera akan meletakkan kesihatan rakyat dalam situasi yang sangat sukar.

BUHANGKUT LIBOU, 83, – penerima vaksin tertua di PPV Dewan Masyarakat Bingkor

Justeru katanya, kerajaan persekutuan khususnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) perlu proaktif  dan  melakukan sesuatu supaya kelambatan penghantaran vaksin ke negeri di bawah bayu itu ditangani dengan segera.

Menurutnya, jika isu itu  tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, usaha membendung penularan wabak  COVID-19 sudah tentu tidak akan berkesan dan akhirnya akan memberi impak yang tidak baik kepada negeri serta rakyat di perinkat akar umbi.

“Saya ingin menggesa supaya kerajaan pusat dan pihak terlibat mencari alternatif yang terbaik bagi memastikan bekalan vaksin di Sabah sentiasa mencukupi untuk kerajaan negeri melaksanakan pemberian vaksin di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman.

“Kita tidak mahu program vaksinasi ini terhenti seketika hanya kerana bekalan vaksin tidak mencukupi, kerana sebahagian besar rakyat kita (Sabah) sudah bersedia untuk mendapat suntikan imunisasi yang sedang berjalan ketika ini, ” katanya kepada pemberita ketika ketika ditemui selepas melakukan tinjauan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di DEwan Masyarakat Bingkor di sini pada Sabtu.

Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor turut memohon kepada kerajaan persekutuan supaya menambah penerima vaksin melalui program outreach di kawasan Bingkor, apa yang beliau tegaskan keperluan sangat mendesak pada ketika rakyat sedang bersedia menerima dos itu.

“Bingkor termasuk dalam kawasan luar bandar .. untuk mendaftar mysejahtera, masalah internet .. masalah tidak ada talian .. cara yang berkesan di kawasan ini ialah pendaftaran melalui manual,”

“.. Jadi saya selaku Wakil Rakyat kawasan Bingkor ini merayu supaya menambah kuota penerima vaksin di kawasan ini (Bingkor),” katanya.

Menurut Robert, kuota bagi kawasan Bingkor hanya 1000 penerima vaksin yang dilaksanakan melalui program outreach di dua lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV); Apin-Apin dan Dewan Masyarakat Bingkor yang masing-masing mendapat agihan seramai 500 penerima dalam tempoh dua hari iaitu Sabtu dan berakhir hari ini (Ahad).

Robert berkata, sambutan rakyat di bawah jagaannya mengenai program vaksinasi sangat menggalakkan, namun hasrat mereka untuk mendapatkan dos itu tidak kesampaian disebabkan program autreach vaksinasi itu terhad kepada 1000 penerima dalam tempoh dua hari.

“Sebab itu saya merayu kepada kerajaan persekutuan agar kuota ini ditambah bagi memastikan kesemua rakyat di Bingkor mendapat vaksin itu dengan segera,” Katanya.

Menjawab satu soalan The Borneo Digest, Robert berkata, golongan yang menolak vaksin hanya dalam jumlah yang amat sedikit, namun beliau optimis mereka akan menerimanya di saat-saat akhir.

Mengenai perjalanan program itu, Pembantu Menteri itu memberitahu bahawa beliau sangat berpus hati dengan kelancaran prlaksanaan aktiviti itu. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.