SONGKHLA: Sebuah kereta api tergelincir dari landasan di selatan Thailand, dipercayai dilempar bom oleh kumpulan pemisah.
Kereta api pengangkut dengan nombor pendaftaran itu dalam perjalanan dari Hat Yai ke Padang Besar ketika insiden berlaku dan membawa pokok getah untuk dihantar ke Malaysia.
Pihak berkuasa Thailand percaya kumpulan pemisah melemparkan bom ke arah kereta api tersebut bagi menjejaskan perkhidmatan pengangkutan berkenaan antara Malaysia dan negara ini.
Hal ini berikutan semakin ramai pelancong Malaysia masuk ke Thailand selepas sekatan Covid-19 di longgarkan pihak berkuasa negara ini.
Ramai pelancong Malaysia memilih menggunakan jalan darat termasuk menaiki kereta api untuk memasuki negara ini.
Dalam pada itu, perkhidmatan kereta api antara Hat Yai dan Padang Besar ketika ini dihentikan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.
Pasukan pakar sudah pun dikerah ke lokasi kejadian bagi memeriksa keadaan sekitar, termasuk mengutip serpihan kerosakan untuk dianalisis.
Letupan itu menyebabkan beberapa gerabak tergelincir, selain landasan juga mengalami keroskan.