Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kubur Zara Qairina Digali Semula, Bedah Siasat Baharu Dijangka Jadi Kunci Siasatan Buli

Remaja 13 tahun dipercayai mangsa buli di sekolah Papar; Mahkamah arah ekskavasi kubur selepas sebulan kematian

0

SIPITANG (Sabah, Malaysia), 9 Ogos – Pihak berkuasa hari ini menggali semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, di Kampung Tanjung Ubi, Mesapol Lama, bagi menjalankan bedah siasat yang sebelum ini tidak dilakukan ketika kematiannya pada 16 Julai lalu.

Penggalian yang bermula sekitar jam 5.30 petang itu disaksikan oleh Majistret, pendakwa raya, ibu arwah, peguam, pegawai agama, dan pasukan forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Perintah ekskavasi dikeluarkan Mahkamah Majistret Sipitang melalui prosiding dalam talian.

Kes ini mendapat perhatian meluas susulan dakwaan arwah menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Papar, dengan proses forensik baharu dijangka menjadi kunci kepada siasatan semula.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.