SEBUAH kubur yang menempatkan jenazah pesakit Covid-19 dibongkar oleh sekumpulan pihak tidak dikenali dalam kejadian di Tanah Perkuburan Khusus Covid-19 Lingkungan Corawalie dekat Pinrang, Sulawesi Selatan.
Kejadian berlaku pada Sabtu lalu, sekitar pukul 6 petang ketika penduduk setempat melihat ada sesuatu yang pelik mengenai keadaan salah sebuah kubur di tanah perkuburan itu.
CNN Indonesia melaporkan, perkara itu terus dilaporan kepada pihak berkuasa.
Pegawai yang tiba di lokasi kejadian menemukan kanvas berwarna biru yang didakwa digunakan ketika mengeluarkan jenazah pesakit Covid-19 berkenaan.
Ketua Polis Pinrang, Arief Sugihartono mengesahkan mengenai kejadian itu.
Jelasnya, polis masih menyiasat mengenai laporan kejadian tersebut.
Menurut beliau, sekumpulan pihak yang disyaki melakukan perkara itu adalah saudara-mara kepada si mati.
“Jenazah dikebumikan pada 8 Ogos lalu,” katanya.