Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lebih 2,000 orang tertimbus hidup-hidup tanah runtuh di Papua New Guinea

0

PORT MORESBY: Pihak berkuasa Papua New Guinea hari ini memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih 2,000 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh besar yang melanda sebuah kampung terpencil, menurut salinan surat yang diperoleh AFP.

“Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan lebih 2,000 orang tertimbus hidup-hidup serta menyebabkan kemusnahan besar,” kata Pusat Bencana negara itu kepada pejabat PBB di ibu negara Port Moresby.

Sebuah perkampungan terpencil di lereng bukit yang dahulunya sesak di wilayah Enga hampir musnah apabila Gunung Mungalo runtuh pada awal pagi Jumaat, menyebabkan ia menimbus banyak kediaman serta penghuni yang sedang tidur.

Tanah runtuh itu menyebabkan ‘kemusnahan besar kepada bangunan, kebun sayuran serta menjejaskan sumber ekonomi negara,” kata pejabat bencana.

Lebuh raya utama ke Porgera Mine ‘tersekat sepenuhnya’, katanya dalam surat yang diterima oleh pegawai PBB pada pagi ini.

“Keadaan kekal tidak stabil berikutan pergerakan tanah runtuh masih berlaku perlahan-lahan, menimbulkan bahaya berterusan kepada kedua-dua pasukan penyelamat dan mangsa yang terselamat,” katanya.

Skala malapetaka memerlukan ‘tindakan segera dan kolaboratif daripada semua pelbagai pihak termasuk tentera dan responden kebangsaan dan serantau.

Pada masa sama, pihaknya menggesa PBB memaklumkan kepada rakan pembangunan Papua New Guinea ‘dan rakan antarabangsa lain mengenai situasi terkini’.

Katanya, bantuan perludiselaraskan melalui pusat bencana. – AGENSI

 

 87 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.