YANGON: Jawatankuasa Pusat bagi Kawalan Penyalahgunaan Dadah (CCDAC) memaklumkan pihak berkuasa Myanmar menyita lebih sejuta pil perangsang di ibu negara, Yangon semalam, yang dilaporkan Xinhua.
Berdasarkan maklumat yang diterima, polis anti-narkotik memeriksa seorang penunggang motosikal di Kampung Kyaukchaw di Patheingyi, wilayah Mandalay pada 23 Mac lalu, dan menyita 40,000 ubat perangsang serta menahan dua suspek.
Selain itu, 5,800 ubat perangsang disita di kediaman dua suspek, masing-masing 1000,000 di Patheingyi, wilayah Mandalay Selasa lalu, manakala 860,000 lagi di daerah Pyigyitagon sehari selepas itu, dengan jumlah dadah disita itu bernilai 2 bilion kyat (RM4.5 juta).
Hasil siasatan mendapati dadah yang disita itu dibawa dari Shan ke Wilayah Mandalay.
Suspek dalam kes terbabit dituduh di bawah Undang-Undang Dadah dan Bahan Psikotropik Myanmar.
Dalam kes berasingan, Polis Myanmar turut merampas 258,000 pil perangsang di negeri Shan di timur Myanmar, juga menurut kenyataan CCDAC pada Ahad.
Bertindak atas maklumat, polis anti-narkotik menggeledah sebuah kenderaan di perbandaran Nawnghkio di negeri Shan utara pada Sabtu dan menemui dadah serta lima telefon bimbit.
menurut CCDAC, dadah yang dirampas mempunyai nilai pasaran kira-kira 129 juta kyat (RM289,000) dan dua suspek ditahan berhubung kes itu. – AGENSI