Lelaki tempatan disyaki pengedar ketum dicekup polis Tenom
Daun ketum seberat 102.7 kilogram bernilai RM2000 turut dirampas
TENOM (Sabah, Malaysia): Hajat seorang lelaki untuk meraih keuntungan daipada hasil penjualan daun ketum tidak kesampaian selepas ditangkap polis di Jalan Tenom – Keningau pada Jumaat.
Ketua PolisTenom Deputi Superintendan (DSP) Hasan Majid, lelaki tempatan berumur 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.00 pagi waktu tempatan Bersama 102.7 kilogram daun ketum.
“Lelaki tempatan itu ditahan dalam sekatan jalanraya Ops Bersepadu di Jalan Tenom – Keningau,” Jelas Ketua Polis itu dalam satu kenyataan, dan menambah daun ketum itu dianggarkan bernilai RM2,000 untuk pasaran tempatan.
Hasan memberitahu sejumlah dadah jenis syabu dan peralatan disyaki digunakan sebagai alaat untuk menghisap dadah turut ditemui dalam kenderaan lelaki itu.
Lelaki itu ditahan di Balai Polis Tenom dan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ops Bersepadu Sekatan Jalanraya ini telah dilaksanakan dan melibatkan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom,”.
“Polis akan sentiasa memantau dan tidak akan berkompromi kepada sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya.
Beliau turut mengalu-alukan penyertaan masyarakat setempat agar menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di daerah itu melalui talian 087-736211.