Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ratu pondan Filipina sekali lagi ditahan kerana membaca Lord Prayer

0

MANILA: Seorang ratu pondan Filipina sekali lagi ditangkap dan didakwa kerana bertindak membaca doa penganut Kristian (Lord Prayer), sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai di negara majoriti Katolik itu.

Menurut pihak polis, Amadeus Fernando Pagente telah ditangkap semalam dan didakwa atas tiga pertuduhan kesalahan termasuk doktrin tidak bermoral, penerbitan dan pameran lucah serta pertunjukan tidak senonoh.

Katanya, kesalahan itu adalah kesalahan yang sama yang didakwa Pagente pada Oktober tahun lalu yang membawa hukuman penjara sehingga 12 tahun.

Penyokong Pagente atau nama samarannya Pura Luka Vega, telah menggunakan media sosial untuk meraih jaminan kira-kira 360,000 peso (RM30,000) yang ditetapkan oleh mahkamah.

Sebelum ini, video persembahan Pagente tular yang pada Julai 2023 telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan penganut agama Kristian yang setia di negara itu yang menganggap tindakan terbabit sebagai melampau batas.

Pagente, yang menggunakan kata ganti diri, dia, lelaki, perempuan dan mereka, mengisytiharkan dirinya sebagai ‘persona non grata’ di beberapa bandar telah dihujani dengan mesej kebencian dan ancaman bunuh di media sosial.

Bagaimanapun, beliau telah diikat jamin bagi pertuduhan pertama selepas ditangkap semalam.

Dalam temu bual dengan AFP baru-baru ini, Pagente berkata dia seorang penganut Katolik yang taat dan telah melakukan Lord Prayer untuk meningkatkan iman dalam kalangan pengamal LGBTQ yang merasa dijauhi oleh gereja.

Sementara itu, hampir 80 peratus penduduk di Filipina beragama Katolik.

Perikatan LGBTQ Bahaghari dalam satu kenyataan berkata, penahanan terbaru Pagente adalah satu serangan terhadap ekspresi pengamal LGBTQ terhadap hubungan mereka dengan kepercayaan dan agama. – AFP

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.