Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lelaki timang anak ke-60

0

ISLAMABAD: Seorang lelaki berusia 52 tahun di Pakistan kembali menjadi perhatian dunia kerana keterujaannya menimang cahaya mata ke-60 baru-baru ini malah berazam mahu mempunyai lebih ramai lagi anak bersama isteri-isterinya.

Lapor Oddity Central, Sardar Jan Mohammad Khan Khilji yang tinggal di Quetta di Ibu Kota Balochistan begitu gembira menyambut kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Khushal.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Sardar Jan yang sudah mempunyai tiga isteri mengakui mahu terus menambah zuriat dan berhasrat untuk berkahwin lagi.

“Saya meminta semua rakan-rakan saya membantu saya mencari seorang gadis bagi perkahwinan keempat saya,” katanya kepada BBC, sambil menambah, dia mahu mempunyai lebih ramai anak lelaki dan perempuan dengan setiap isterinya.

Sardar Jan pernah menjadi tajuk utama berita antarabangsa pada tahun 2016 selepas menimang anak ke-35nya dan ketika itu, dia mengumumkan rancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 orang anak.

Berdasarkan umur dan rancangannya untuk membawa seorang lagi isteri  ke dalam keluarga besarnya itu, ramai berpendapat cita-citanya mungkin mampu dicapai.

Lelaki yang mengendalikan sebuah klinik untuk merawat pesakit dengan gejala ringan seperti sakit kepala dan demam itu mengakui inflasi serta kenaikan harga barang menyebabkan kewangannya terjejas teruk namun tetap komited untuk menjaga dan mengembangkan keluarganya.

Walaupun terkenal sebagai seorang bapa yang sangat prolifik, Sardar Jan masih ketinggalan berbanding petani dari Ghana, Mzee Musa Hasahya yang mempunyai 102 orang anak dan 568 cucu.

 

 453 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.