Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Maut dipatuk ular tedung 

0

Oleh DG HENRY

SELANG enam bulan dua orang mati dipatuk ular berbisa, pertama di pada bulan Julai di Kg. Bunang Sook, seorang petani Moston Benjamin, 36, dan terbaru pada menjelang sambutan Natal 2023 Rahimi Andalu, 55, di laluan Pangi – Rayoh Tenom.

Kedua-dua mangsa adalah penduduk daerah Sook, maut dipatuk ular tedung di dua lokasi berasingan.

Ular Tedung Selar ( (Ophiophagus hannah), merupakan ular sangat berbisa dalam keluarga Elapidae, Ia merupakan ahli tunggal genus Ophiophagus. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular ini sangat berbisa.

Kisah kedua mangsa maut seakan sama iaitu ketika dalam perjalanan, di Kg. Bunang mangsa dipatuk ketika dalam perjalanan ke kebun, sementara di Pangi – Rayoh mangsa dalam perjalanan menyusur rel keretapi ketika menaiki troli dalam perjalanan menghadiri hari keluarga sempena perayaan Natal 2023. Mangsa berasal dari Kg. Melaing, Sook.

Menurut pakar, ular tedung menganas dalam dua situasi, terancam dan ketika sedang menunggu telurnya menetas.

Kehilangan dua nyawa manusia sangat dikesali pada ketika negara kita mempunyai agensi berkaitan, khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Dan Taman Negara (PERHILITAN).

Tulisan ini tidak bermaksud mempertikai sesiapa,  ia bersifat positif  dan cetusan kesal atas sifat seorang manusia yang memerlukan perlindungan. Teguran lebih kepada penambahbaikan perkhidmatan.

Sejauh mana langkah kajian dan kawalan dilakukan oleh agensi berkaitan? Adakah pemasangan Tali Pita ‘AWAS’ di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti  di kawasan haiwan yang menimbulkan konflik?

Objektif PERHILITAN ialah memperkasa program konservasi hidupan liar menerusi aktiviti pengurusan, penguatkuasaan, pengkayaan dan penyelidikan hidupan liar.

Mengekalkan integriti kawasan perlindungan bagi faedah penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan fungsi ekologi.

Meningkatkan pengetahuan, kesedaran, pembangunan modal insan dan penglibatan masyarakat ke arah konservasi hidupan liar.

Penjanaan ekonomi melalui aktiviti konservasi hidupan liar.

Memperkasakan kepakaran, perkongsian maklumat dan penggunaan teknologi dalam konservasi hidupan liar.

Kita inigin bertanya adakah visi ‘menerajui konservasi hidupan liar untuk kesejahteraan rakyat dan misi komited dalam konservasi hidupan liar dan habitatnya untuk generasi akan datang

Jika ‘ya’ saya ucapkan Tahniah, tetapi kita ingin bertanya bagaimana kebajikan mangsa yang terlibat? Adakah susulan seperti kajian lapangan untuk memastikan keberadaan reptelia karnivor itu? Apa tindakan?

Persoalan-persoalan itu perlu dijawab untuk penambahbaikan perkhidmatan untuk memastikan kesejahteraan manusia yang tinggal di kawasan berisiko haiwan yang menimbulkan konflik terjamin.

Dalam satu sudut yang lain, mangsa yang maut di Pangi – Rayoh sepatutnya boleh dielakkan jika pengangkutan keretapi di kawasan itu sempurna.

Kerosakan landasan keretapi dari Pangi  ke Rayoh sudah berlanjutan begitu lama menyaksikan penduduk  bersandarkan sepenuhnya dengan troli yang disediakan untuk sebarang urusan ke pekan Tenom.

Mangsa maut ketika menaiki troli yang ditarik oleh sebuah motosikal dari Pangi ke Rayoh, menurut kakak mangsa Raineh Andalu.

Adakah Jabatan Keretapi Sabah bertanggungjawab mengenai insiden ini? Kita menolak tangapan kematian mangsa kerana takdir, jika perhubungan melalui pengangkutan keretapi antara Pangi – Rayoh pulih seperti biasa.

Fikir-fikirkan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.