
TUARAN (Sabah, Malaysia):Terima kasih daun keladi Fadhlina Sidek diatas diatas keprihatinan menangani sekolah-sekolah daif di negara ini. Bermula dari tweet YB Menteri Pendidikan tentang lawatan kerja ke Putrajaya saya menjemput Menteri membuat lawatan kerja ke Tuaran kerana di PPD Tuaran, daripada 75 buah sekolah rendah, 44 adalah sekolah daif iaitu 38 Skala 6 dan 6 skala 7.
Syukurlah berasaskan kepada pengumuman YAB Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2023, tumpuan utama adalah untuk menyelesaikan masalah sekolah daif. Dalam lawatan kerja kelmarin, selaku Ahli Parlimen Tuaran saya berkesempatan memohon kepada YB Menteri supaya masalah kesesakan murid di SMK Tamparuli, SMK Badin, SMK Tuan Fuad dan SMK Taman Ria dapat diatasi secepat mungkin. Untuk itu pembinaan SMK Nabalu dan SMK Laya-Laya perlu dipercepatkan.
Bangunan Pejabat PPD Tuaran juga perlu disegerakan. Peruntukan untuk tujuan ini sudah ada cuma beberapa penyelarasan.
259 total views, 1 views today