KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Seekor buaya dikesan sedang berenang merentasi jambatan berhampiran Jesselton Ferry Kota Kinabalu, menurut saksi yang memuatnaik pengalamannya melalui media sosial lewat tengahari pada Selasa.

Pelayar media sosial yang sempat merakam pergerakan buaya itu memberi amaran kepada penduduk berdekatan Pulau Gaya khususnya kaki pancing dipetik sebagai berkata melalui rakaman video berdurasi 17 saat itu bahawa, buaya tersebut(Pelabuhan Ferry). sedang berenang berdekatan laut di bawah Jesselton Point
“Assalamualaikum warga area kota Kinabalu….yg memancing tdak kisa dri mana..terutama pnduduk yg berdekatan pulau Gaya ..yg sering memancing berdekatan laut d bawa jeselton point ..iaitu d pelabuhan ferry berhati hati kini Buaya besar berada d lokasi tersebut….jdi klo blh hati² sellau ..yg sudi blh ja share Kan k teman² yg lain agar ramai yg akan mngetahuinya”.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai penghuni ibu kota negeri di bawh bayu itu terserampat buaya di beberapa tasik di Likas dan terbaru di perairan laut Jeselton Ferry.
Menurut pakar, buaya yang sering ditemui di pesisir pantai laut dikenal pasti sebagai buaya air masin atau buaya katak.
Buaya air masin (saltwater atau estuarine crocodile) juga dikenali sebagai buaya katak, buaya laut, buaya tembaga, buaya muara (Crocodylus porosus) adalah reptilia terbesar, dan sering kali dikatakan paling merbahaya kepada manusia.
Ia boleh dijumpai di beberapa habitat di Asia Tenggara dan utara Australasia. Buaya katak yang berada Utara Australia sebagai ‘salties’ (Buaya Air Masin).
Buaya Katak dewasa biasanya berukuran antara 4.8 meter hingga 5 meter (15.4 hingga 16.6 kaki) panjang, seberat sekitar 770 kilogram (1697 lb). Seekor buaya besar mampu mencecah melebihi 6 meter (20 kaki) atau 7 metre (23 kaki) panjang dan seberat melebihi 1,500 kg (3707 lb).
Spesies ini mampu membesar sehingga 8 meter (27 kaki) atau sehingga 9 meter (30 kaki). Buaya betina biasanya lebih kecil dari buaya jantan, dengan kebiasaannya dalam julat 2.5–3 meter.
3,956 total views, 1 views today