YANG di-Pertuan Agong akan mengumumkan dua perkara mengejutkan pada esok (Isnin), pertama sama ada menerima perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia atau mengekalkan.
Sentuhan Istana itu sangat penting untuk meredahkan suhu politik Malaysia yang semakin bergeladak.
Antara satu daripada dua kemungkinan itu bakal menerbitkan reaksi pro dan kontra dikalangan rakyat khususnya pengamal politik.
‘Soronok atau kecewa’?
Sepanjang tempoh 24 jam yang lalu pelbagai spekulasi disajikan oleh ratusan portal berita di Malaysia, yang begitu optimis bahawa Muhyiddin pada Isnin akan mengundurkan diri sebagai CEO kerajaan Malaysia.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd. Redzuan Md. Yusof, turut bercakap dengan berani mengenai halatuju politik Muhyiddin.
Portal berita Malaysiakini sebagai contoh menerbitkan kenyataan Redzuan sebagai berkata, bahawa Muhyiddin memaklumkan perkara tersebut kepada ahli Parlimen Bersatu dalam pertemuan kira-kira dua jam pagi pada Ahad.
Katanya, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahan kedudukannya dan kerajaan, malah menyifatkan peletakan jawatan adalah pilihan terakhir baginya.
“Esok akan ada mesyuarat khas Kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembah surat peletakan jawatan.
“Maka ini adalah tindakan yang betul dan terhormat untuk Muhyiddin mengikut Perlembagaan dan terserah kepada Agong sama ada mahu menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd. Redzuan percaya Bersatu masih memiliki sokongan terbesar berbanding mana-mana pihak lain.
“Maka terserah kepada Agong untuk menggunakan kebijaksanaan baginda membuat keputusan. Kami mengikut Perlembagaan, tak boleh membantah.
“Kami katakan kami ada 100 ahli parlimen, terpulang kepada Agong untuk putuskan,” katanya.