Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Padang TABS khusus untuk venue program pembangunan bola sepak

0
Sulaiman (tengah) bersama Lokman, Juraidah, Ramlye dan Matasan meninjau keadaan padang TABS itu.

Oleh DG HENRY

PENGERUSI TABS SAFA Bandaraya, Sulaiman Mohd Noor pada Isnin menjelaskan bahawa padang TABS berhampiran padang SUKMA dekat sini akan digunakan sebagai venue utama untuk pelatih-pelatihnya menjalani sesi latihan di bawah Program Pembangunan Bola Sepaknya.

Katanya, pelatih-pelatih TABS akan meneruskan sesi latihan di padang berkenaan pada setiap hujung minggu.

“Inilah tujuan utama kita sejak TABS diberi kebenaran Lembaga Sukan Sabah (LSS) menyewa padang ini sejak beberapa tahun lepas,” katanya ketika melakukan tinjauan keadaan padang tersebut bersama pengurusan TABS, petang ini.

Turut bersama beliau ialah timbalannya, Lokman Sunggim, naib pengerusi S.A Ramlye, Setiausaha SAFA Bandaraya, Puan Juraidah Datuk Abdul Rahim dan ketua jurulatih TABS, Matasan Ahmad.

Sulaiman berkata, pengurusan TABS akan mengemaskinikan pengurusan dan penjagaan padang tersebut supaya ia lebih selesa dan sesuai digunakan untuk sesi latihan program pembangunan bola sepak.

“Keutamaan TABS supaya prgoram pembangunan TABS akan terus berjalan lancar selain menggunakan untuk venue mengendalikan kejohanan secara memabbitkan kalangan pelatih-pelatih sahaja,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya akan mengeluarkan surat rasmi untuk memberi kuasa kepada Biro Pengurusan dan Penjagaan Padang TABS yang akan dibentuk kemudian.

Sementara itu, timbalannya Lokman Sunggim berkata, pihaknya bersetuju supaya program pembangunan bola sepak TABS memanfaatkan sepenuhnya padang berkenaan sebagai venue sesi latihannya.

Katanya, sebaik sahaja surat rasmi dikeluarkan Pengerusi TABS, ia dengan sendirinya padang ini akan dapat digunakan hanya untuk program pembangunan bola sepak.

Lokman berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada Presiden SAFA, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin kerana memberi sokongan penuh kepada TABS untuk melanjutkan tempoh penyewaan padang itu daripada LSS.

 517 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.